Ticker

6/recent/ticker-posts

BANTUAN RUMAH PPRT 2022~CEK KELAYAKKAN DAN MOHON SEKARANG


 

Mensasarkan golongan yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan. Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin.

Objektif/Pengenalan PPRT

Objektif utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ini diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin. Dengan dua Cara iaitu membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa.

Program Bantuan PPRT

Program ini adalah untuk daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi. Bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kempada golongan seperti berikut:

·    Orang Kelainan Upaya – OKU

  • Mangsa bencana alam yang berskala kecil
  • Warga Emas
  • Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai

 

Jenis Kategori Rumah PPRT

Seperti yang di kita ketahui , bahawa Program PPRT ini terdapat 2 kategori yang disediakan seperti berikut :


1) Baik Pulih

a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting

·         Penambah baikkan

·         Penyelenggaraan

·         Requisition


b) Syarat program bantuan baik pulih rumah

·         Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.

·         Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.

 

2) Bina Baru

Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.

 

BACA JUGA

PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA MASIH DIBUKA SEHINGGA 30 JULAI~MOHON SEKARANG!

MUDAHNYA TUKAR KAD PENGENALAN SECARA ONLINE BILA TIADA MASA UNTUK KE PEJABAT JPN

DAFTAR ONLINE BANKING BSN DENGAN BEBERAPA LANGKAH MUDAH~SEMAK



Panduan Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022

Pastikan anda memenuhi syarat kelayakkan sebelum membuat permohonan Bantuan Rumah PPRT ini.

 

1.Permohonan ini boleh dilakukan secara ‘’ONLINE’’ atau manual, jika secara manual anda perlu ke pejabat daerah masing-masing mengikut negeri anda menetap untuk mengisi borang bantuan rumah PPRT ini.

 

2.Mohon secara Online,anda boleh rujuk panduan cara mohon bantuan Rumah PPRT seperti berikut;

  • Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI
  • Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama
  • Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
  • Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”

 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT, anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :

  • Talian Khas: 03 8000 8000
  • E-mel: info@ruralink.gov.my

 


Post a Comment

0 Comments