Ticker

6/recent/ticker-posts

CARA MUDAH UNTUK DAFTAR ONLINE BANKING BSN~DAFTAR SEKARANG!


Macam mana cara buka akaun dan register akaun bsn online di Bank Simpanan Nasional? Apa sahaja kelebihan kalau ada online banking ni? Duit BSH, BPN, BPR, terkini BKM disalurkan ke akaun bank anda. Satu lagi yang bagus, anda sudah tidak perlu lagi kerapkali ke mesin ATM untuk cek baki duit anda dalam akaun bank terutamanya musim duit BSH, BPN, BPR, BKM masuk dalam akaun. Semuanya boleh dilakukan secara online.

Selain daripada itu dengan anda register secara online, banyak faedah yang memudahkan urusan anda seharian.

 

Antaranya ialah:

  1. Dapat cek dan semak baki akaun Bank Simpanan Nasional online banking (www.mybsn.com.my check balance)
  2. Instant bank online transfer ke akaun anda yang lain termasuk ke Maybank, RHB, affin bankbank islam, CIMB, Public Bank dan lain-lain lagi
  3. Memudahkan anda membayar bil utiliti anda dengan mudah dan senang tanpa perlu beratur Panjang.
  4. Tidak perlu bersesak-sesak di mesin atm sepanjang masa untuk cek baki duit dalam akaun, cek sahaja melalui Online.

 

 

Cara Daftar & Login BSN Online Banking

Kami bantuan anda dengan panduan daftar bsn online bahasa melayu yang mudah untuk anda ikuti:

1) Pergi ke mesin ATM untuk register nombor telefon anda.

2) Buat pilihan pada pembankan Internet atau cara buat bsn internet banking untuk pendaftaran dan registration simpanan online.The Rudest Countries in the World

3) Daftar nombor telefon anda

4) Tentukan 6 angka PIN yang mana anda akan gunakan untuk register melalui internet banking. Urusan di mesin ATM telefon selesai

5) Mula akses portal rasmi bsnonline melalui pautan di jadual di bawah ini untuk activate bsn online banking:

 


6) Masukkan butiran yang diperlukan di bawah ini termasuk nombor kad bank anda, 6 nombor PIN yang telah anda tetapkan di mesin ATM sebelum ini dan juga nombor kad pengenalan.



7) Tetapkan pula username dan password.



Cara Semak Baki Akaun Bsn Melalui Online

1. Check balance di www.mybsn.com.my

  • Login akaun bank anda secara online
  • Pilih Menu My Account
  • Kemudian pilih pilihan Account Balance
  • Tak lama selepas itu akan keluar jumlah baki di skrin anda

2. Semak Baki Akaun BSN Melalui SMS

  • Daftar nombor telefon anda untuk menghubungkan dengan akaun bank anda
  • Selepas diaktifkan, anda boleh terus taip kod di bawah ini untuk menerima jumlah baki terus di telefon bimbit anda secara sms

BAL<jarak>M-PIN. Hantar ke nombor 36898

3. Cara Check Online Balance Bsn di ATM

  • Di atm, pilih pilihan ‘MAKLUMAT BAKI’ dan pilih Akaun Bank anda
  • Akan tertera jumlah pertanyaan baki akaun bank

 

Cara Dapatkan Penyata Bank Bsn Online Banking

Anda boleh dapatkannya melalui secara email atau di portal mybsn internet banking atau terus di mesin atm bsn

KAEDAH

BUTIRANNYA

SMS

* Sila Taip STMT[jarak]Nombor Kad Pengenalan[jarak]alamat email anda dan hantar ke nombor telefon 66300
* CONTOH: STMT 900230089876 emailanda@gmail.com

MYbsn online banking

1) Login masuk portal dengan butiran usernama dan password anda
2) Pergi ke bahagian ‘Account Overview’ dan klik di bahagian E-Statement
3) Pilih Account Name dan pergi ke bahagian E-Statement –> Transaction History
4) Anda sudah boleh print sekarang

Mesin ATM

Masukkan kad bank anda dan pilih bahagian ‘LAIN-LAIN’ dan akan terpapar pilihan Penyata Mini

 


Post a Comment

0 Comments