Ticker

6/recent/ticker-posts

BANTUAN KEWANGAN ASASI RM3,290 UNTUK B40 DAN M40

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu agensi dari kerajaan yang berperanan untuk membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti. Oleh itu, kerajaan memberi bantuan kepada mereka yang kurang mampu dalam melanjutkan pelajaran atau ada masalah dari segi kewangan di mana pelajar selain mendapat bantuan dari segi kewangan ia juga dapat membantu pelajar untuk meningkatkan lagi potensi dalam pelajaran.

Seperti yang kita tahu KPM mengendalikan pelbagai skim bantuan.  Salah satunya adalah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Asasi sebanyak RM3,920 setahun. Ia pada asasnya merupakan program penajaan bertaraf matrikulasi yang diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

SYARAT KELAYAKKAN

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kategori B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/+ioyzrKrjnMljMDY1

CARA MOHON

Dimaklumkan bahawa tawaran kepada pelajar baharu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan oleh pihak Universiti Awam kepada Kementerian Pengajian Tinggi setelah pelajar selesai mendaftar kursus di pusat pengajian asasi masing-masing.

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang KPT setelah senarai lengkap pelajar asasi diterima daripada Universiti Awam.

Pemohon juga perlu menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran berikut:

  • Surat Tawaran;
  • Surat Setuju Terima Tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian.

 

Baca juga

Senarai bantuan yang akan dibayar untuk bulan Jun 2022

KWSP untuk suri rumah dan untuk yang bekerja sendiri~MOHON SEKARANG!

JAWATAN KOSONG KERANI DI MAYBANK SABAH~LABUAN

 

Dokumen perjanjian yang telah lengkap kemudiannya hendaklah diserahkan kepada pihak universiti masing-masing.

Bagi maklumat lengkap dan lanjut berkenaan bantuan ini, sila rujuk bersama pihak universiti atau baca DI SINI.

 


Post a Comment

0 Comments